Laman

Senin, 28 Februari 2011

PANGKALAN DATA TEORI DAN KRITIKAN SASTERA MALAYSIA


PANGKALAN DATA TEORI DAN KRITIKAN SASTERA MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Teori tempatan mula diperkenalkan apabila wujudnya kesedaran sarjana Melayu tentang kepincangan dan ketidakadilan teori Barat. Jika selama ini kita sering bersandar pada teori Barat, tetapi pada awal abad ke 20, ramai tokoh dan sarjana yang muncul dan terlibat dalam bidang teori dan kritikan sastera Barat dengan pandangan yang berbeza terhadap teks dan mula menolak unsur-unsur holistik, sebaliknya cenderung kepada satu-satu aspek khusus sahaja. Pada amnya, teori-teori Barat dilihat lebih mementingkan aspek tekstualiti dan menolak aspek Sejarah serta aspek-aspek di luar teks seperti pengarang, sistem sosial dan budaya
Setelah sekian lama masyarakat terpengaruh dengan teori-teori Barat dan tidak memiliki teori sendiri, maka selepas itu, mereka mula menyedari bahawa teori Barat adalah penuh dengan kepincangan dan ketidakadilan. Sehingga pada tahun 1980-an mereka mula beralih kepada pemikiran Islam dan mengisytiharkan diri sebagai penganut sastera. Teori – teori tempatan di Malaysia adalah terbina di atas beberapa kesedaran tentang kelemahan teori Barat dan juga keperluan terhadap teori tempatan yang mementingkan jati diri dan nilai keislaman.
Oleh kerana kesedaran tentang teori kesusasteraan Barat yang tidak dapat menghubungkan seni sastera dengan konsep amanah yang bertaubat pada hakikat tauhid sebagaimana yang dituntut dalam Islam. Ditambah lagi dengan kesedaran intelektual akibat daripada menerima didikan di negara Barat yang menyebabkan teori pemikiran sastera dari Barat cepat merebak dan mempengaruhi hampir sebahagian besar penganut sastera Melayu. Namun ada juga dalam kalangan sarjana yang pulang dari Barat yang memiliki kesedaran intelektual yang tinggi terhadap kesusasteraan tempatan. Mereka inilah yang bangkit membongkar kelemahan teori kesusasteraan Barat dan menjelaskan kepincangan-kepincangan pemikiran Barat dalam mentafsir dan menganalisis teks. Oleh itu, teori tempatan amatlah diperlukan dalam bidang kesusasteraan kerana ia bersifat jati diri dan seiring dengan konteks sosiobudaya di negara ini. Oleh itu wujud beberapa teori tempatan sejak tahun 1990 hingga tahun 2005, terdapat sepuluh buah teori sastera Melayu di Malaysia.
Menurut Abdul Halim Ali dalam bukunya yang berjudul Ikhtisar Teori dan Kritikan Sastera Barat dan Malaysia, antara teori yang ada di Malaysia ialah teori Puitika Sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh, Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang, Takmilah oleh Shafie Abu Bakar, Teksdealisme oleh Mana Sikana, Rasa-Fenomenologi oleh Sohaimi Abdul Aziz, Persuratan Baharu oleh Mohd Affendi Hassan, Teori Konseptual Kata Kunci oleh Mohamad Mokhtar Hassan, Fitrah Gerak oleh Sahlan Mohammad Saman, Hermunitik Kerohanian olehSalleh Yappar, Teori Pemikiran Bersepadu 4K oleh Muhammad Yusuf Hassan dan Teori Sastera Warisan oleh A.Wahab Ali.
Kewujudan beberapa buah teori ini ternyata telah berjaya mengatasi teori Barat dan hanya mengambil masa empat belas tahun sahaja untuk berkembang. Berbanding dengan teori Barat yang mengambil masa sekitar tahun 1914 hingga tahun 1960 untuk berkembang dan hanya enam buah teori sahaja yang dihasilkan.
Dalam teori-teori ini, kumpulan kami telah memaparkan sebuah pangkalan data teori dan kritikan sastera di Malaysia. Dalam paparan pangkalan data ini mengandungi istilah- istilah penting yang terkandung dalam setiap teori sastera yang kami kaji. Selain itu juga, terdapat beberapa objektif atau sebab mengapa pentingnya untuk memperolehi pangkalan data tentang teori dan kritikan di Malaysia.

2.0 OBJEKTIF MENGHASILAKAN PANGKALAN DATA TEORI DAN KRITIKAN DI MALAYSIA.
Pertama sekali kami menghasilkan pangkalan data teori dan kritikan sastera Malaysia adalah untuk mengkaji dan menganalisis istilah yang terdapat dalam teori berdasarkan sumber yang diperolehi. Dengan kata lain, setiap istilah yang kami dapati mempunyai kesinambungan makna dan diperolehi mengikut teori masing-masing.
Di samping itu, objektif bagi kumpulan kami untuk menghasilkan sebuah pangkalan data teori dan kritikan di Malaysia adalah untuk memberikan definisi dan ketrampilan bagi setiap istilah yang terdapat dalam teori yang kami kaji. Dengan merujuk kepada definisi yang terdapat di dalam buku teori yang dihasilkan itu dan juga buku rujukan yang lain, kami mencari beberapa istilah yang mungkin sukar untuk difahami jika tidak mencari definisi yang sesuai.
Di samping itu, tujuan kumpulan kami menghasilkan sebuah pangkalan data bagi teori dan kritikan di Malaysia juga adalah untuk memperjelaskan istilah-istilah yang terdapat dalam sesebuah teori yang dihasilkan. Maksudnya, sesetengah daripada istilah yang terdapat di dalam buku teori yang dihasilkan adalah kurang jelas dan agak sukar dikenalpasti maksudnya tanpa penjelasan yang menyeluruh. Oleh itu, dengan menghasilkan pangakalan data tentang teori dan kritikan ini maka sesuatu istilah mungkin dapat difahami dengan mudah.
Seterusnya objektif bagi penghasilan pangkalan data ini ialah untuk merekod istilah yang berkaitan dengan teori dan kritikan sastera Malaysia. Dengan adanya data atau rekod penyenaraian istilah ini akan membantu pembaca mengenalpasti dengan mudah sesuatu istilah yang terdapat dalam sesebuah teori.

3.0 PANGKALAN DATA TEORI DAN KRITIKAN SASTERA MALAYSI
Absolute/original beuty
Sejenis keindahan yang ditanggapi tanpa membuat perbandingan dengan objek lain.
Anti-logosentrik
Bahasa yang dijadikan perantaraan tidak akan seluruhnya jelas pada objek.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar